Novel ni one of the Miss punye favorite! Ni sinopsis citanye.. " Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menangih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaanya..sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin
berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi. Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan..cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran hati mereka melagukan rentak yang sama??"
Itula sinopsis dari novel ni..tak semestinya bila jadi perempuan simpanan tu, dia xde keinginan nak berubah..Miss geram part Adam rogol si Mya tu. Pastu siap cakap "Dia (Mika) tak peduli Mya. you bukan sesiapa, you cuma Mistress dia je. Perempuan simpanan!!"..Tu belum lagi mama si Mika , Datin Adiba yang memang tak berkenan dengan si Mya ni. Nak pulak di jodohkan dengan Suzanne yang gediks tahap dewa tu. Suzanne ni sepupu si Mika. Masa zaman2 kesesatan si Mika yang melampau tu, dia penah ter'sleep' ngan kazen dia ni.So, si minah Suzanne ni sanggup buat ape saje nak dapatkan Mika..Si Shamil ni pulak chenta hati si Mya masa zaman muda mudi dulu..sama degil ngan si Suzanne tu gak.nak tau kesudahan novel ni korang kene la beli..Novel ni sangat sweet & best! Miss bagi 5 stars from 5 ok...! So far ape yang Miss suka baca, kawan2 Miss pun suka jugak. ^_^V
Penulis : Acik Lana
Terbitan Kaki Novel Enterprise...

No comments:
Post a Comment