Hello uolls!gediks tak tajuk novel ni?agak la kan....Ok..as usual.. here the synopsis..
"Didi gadis 'comel' yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan, Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu emnyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja mrmanggilnya 'Debab'. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki bermulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka sering mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?"
Yahoo!!!tajuk je dah meletop2 kan..Didi ni actually stand for Diana Debab.kih3x..DD ni jenis luar je brutal..tapi dalam hati ada taman woo..keje pun jenis yg lasak.Senior assistant supervisor beb!nak jadikan cite DD ni ade sorang abg angkat yang x semena2 diangkat oleh mak ayah DD time DD terlanggar mamat ni time melintas jalan kat pekan. Nama brader ni Syafiq. Cam nama boss Miss lak..hahaha..Syafiq ni best..sempoi cam DD gak.rupa2nye yang dia langgar tu CEO kat tempat keje dia. CEO ok...yang best masa boss si DD datang nak introduce new CEO ni kat department si DD, korang cuba teka ape yg si DD ni tengah buat??dia boleh main forklift dengan budak2 stor..korang tau x forklift tu ape?hehe..alah mesin yg angkat2 barang tu..actually kene la ade lesen bwk menatang tu..tapi si DD ni lesen agung jek!dia reti pun pasal budak2 kat stor tu ajar.oh ye.. DD ni menunggal jek..xde adik beradik lain..diam2 DD syok dgn sorang mamat kat kilang tu..nama mamat ni Azlan..nak jadikan cerita, mamat ni pun ade rasa yg sama cam DD..suke ngan keletetah si DD yg sempoi tu..tapi kan korang..Azlan x ikhlas pun dgn DD..nanti korang baca tau pasal ape Miss kata gitu.. Dah la frust dek angkara si Azlan tu..x lama lepas tragedi tu, mak abah si DD ni meninggal sebab accident..seminggu sebelum raya korang..tinggal la DD sebatang kera..mamat yg bernama Syafizi pulak adik pada Syafiq..mula2 nampak DD jek dah panggil debab!kurang asam jawa btul!terasa pulak Miss tetibe..huhu...ha!ade sorang lagi adik Syafiq yg Miss x cite. Syafiqah nama dia. budak ni agak x beradab sikit. Mungkin jelez la DD dapat perhatian lebih dari dia. Memacam lah dia buat kat DD ni. Sabo je lah....antara Syafiq & Syafizi..dua manusia yg berbeza..dan siapa pulak Terhangat^Di^Pasaran tu??jangan lupe beli ok!Siapa kata gadis saiz XL or L ni xde daya tarikan??x kisah la kalau ade yg sekadar nak try n error..tetap masih ada yg sudi terima kekurangan dorang ni seadanye..ape pun yg korang panggil, x kesah la debab,gebu,gemuk ke, manusia2 ni masih ade perasaan..at least sedap di peluk cam bantal. Dari yg kerempeng xde isi kan..setiap manusia dah Allah jadikan satu kelebihan dalam dirinya..dah kalau semua org cantik,kurus, hensem..xde lah novel2 camni kan..ape pun korang baca lah novel ni..5 stars gak ok..debab2 pun berderet ok yg menunggu.. apepun..akhirya aku kahwin!!! ^_^V
Penulis : Herna Diana
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM19.90

